Wednesday, February 27, 2013

otakku berjalan

2,3 minggu kebelakangan ni memacam fikir..memacam nak buat rasanya..masa sangat pendek rasanya..walaubagaimanapun bersyukur ke hadrat Allah kerana dipinjamkan masa yang dapat dilalui bersama orang2 tersayang..

sedang dalam pemikiran:

1. nak menjadi insan yang lebih baik..teringin nak hadiri kuliah2 agama..setakat ni hanya berjaya mendengar beberapa tazkirah di IKIM..thanx kepada sahabat2ku yang telah membuka ruang hatiku ke arah kebaikan..

2. nak menjadi staff berwibawa..nak siapkan seme keje2 tertunggak..nak pergi banyak2 latihan..nak sah jawatan (adoi induksi umum belum pegi)

3. nak kurus (kui kui kui) terasa diri ini tidak seperti dulu lagi..berat bertambah, lemak berbenjol2, nak bergerak pun macam liat aje..lutut pun sakit macam dah tua pulak..bukan setakat nak kurus aje, nak sihat juga sebenanye..dah browse 2 kelas aerobik..tapi xde yang buka tengahari jumaat..xsampai hati nak rampas waktu bersama anak2..penny cobalt blue n green menunggu jer dalam lemari..dah iron cantik2 n dah blikan belt..tp still xleh pakai..takut nnti org igtkan saya ada isi..huhuu..

4. nak bli rumah..adeh ni memang dah terlambat sikitla..tapi sedang berusaha..harap2 loan boleh approve..xlarat lg dah nak bayar sewa..congak2 kami kawin 4.5 tahun..sewa dah 20k..kaya tuan rumah kami kan..

5. nak clearkan semua kad kredit ku..insyaAllah akan berjaya..yeay..nak bayar kete cepat2..

6. nak buat bisnes..rase nak bisnes tapi tatau nak bisnes ape..kemahiran xde..kecekapan pun xde..macam kakakku sorang bisnes bake bake..sorang lagi nak kuarkan pakaian seniri..tapi saya dua2 xreti..camana..nak bisnes yg mudah n modal sikit ade tak..dah browse hrtu igtkan nak bisnes telekung, tp tgklah dulu camana..

7. last but not least..sebenarnye ini yang difikirkan setiap hari..nak jadi ibu/parent yang baik..kene belajar bersabar tu yang paling penting..kakak dah besar dan saaaangat penyayang..hrtu saja nak test dia..kate kat dia surat khabar lamaaaa..ambik mamaaaa..dia takut sgt dgn lori surat khabar lame..terus muka dia sedih dan datang peluk..dia cakap nanti kakak nak mama,mama xde macamane..huhuhuuu cedih..adik pulak dh 5 bulan..tak sabar2 nak makan nampaknye..pantang nampak orang makan dia akan tenung makanan tu sambil buat mulut cap cap..yeay lg sebulan dah bleh start makan..nak masak ape ek..hehe..BF alhamdulillah stock masih mencukupi..

8. nak menjadi isteri yang baik..adoi kalau dinilai tataulah tang mana ranking saya..ntah2 tak masuk rank langsung..ini pun nak kene dengar banyak ceramah yang berkaitan ni..

sekian sahaja..saje tepek lagi sekali gambar stock ebm adik :) .



Tuesday, February 5, 2013

TERUS TAK JADI MAKAN NASI LEMAK


nampak sedap kan..lagi2 yang bungkus pakai daun pisang n surat khabar..mula saya teringin sangat nak makan pagi ni..tapi bila dah tergoogle pasal kalori xjadi..decide nak minum oat jer..

jadi saya telah save:

nasi lemak sambal (400 kal) + telor mate (110kal) = 510 kalori



Kategori:Kuih Muih1. Kasuiberkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori



kategoriminuman

minuman berkabonat 1 tin 285g - 120 kal
minuman kotak 250g - 105 kal
susu tepung penuh krim 1 sudu makan - 33 kal
susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan - 25 kal
aiskrim 2 skop- 390 kal
susu pekat manis 1 sudu makan - 71 kal
yogurt rendah lemak 1 cawan - 90 kal
mentega 2 sudu teh - 75 kal
keju chedar 1 keping -58 kal


sumber dari http://kalorimakanan.blogdrive.com

MACAM-MACAM CARA ORANG NAK ORANG NAK MENIPU



Pagi-pagi dapat email ni dengan tajuk asalam.


Assalamualaikum,

Hidup saya adalah diibaratkan sedang diseru oleh Allah dengan keadaan kesihatan saya yang mendadak kerana telah diberitahu oleh doktor saya yang saya ada beberapa hari lagi untuk hidup.Dengan ini,saya ingin menderma hartanah saya untuk menolong pesakit barah seperti saya untuk rawatan dan program-program kesihatan kerana ini adalah cadangan arwah suami 

saya dan saya tidak mempunyai zuriat.

Dengan ini saya hendak membuat sesuatu dengan niat baik untuk menderma 2 juta sterling paun kepada persatuan barah yang terlibat.dan sila beritahu informasi tentang warganegara anda dan di mana tempat tinggal,nombor telefon informasi lain yang diperlukan oleh peguam saya.Dengan ini saya memindahkan warisan saya kepada anda.

Semoga anda dirahmati oleh Allah dan menggunakan wang dermaan saya dengan adil untuk kerja 

kebajikan.

Yang Benar

Pn. Zanzila binti Hashim 
From: Malaysia 
Email:



tapi email pengirim dengan email yang di tulis kat bawah tak same..tak faham apa motif mereka..xde kerje ke..mungkin salah satu teknik hacker..

Precious Drops

Inilah stock saya yang melimpah satu masa dulu..sekarang dah tak berapa nak melimpah la..kalau ada banyak botol kosong kat atas lemari tu, maknenye tak banyak sangat la stock saya..
BF kali ni saya lebih bertenang..tak mau letak aim tinggi sangat..tapi ok jugak kurang stress..my 1st aim nak completekan exclusive BF for 6 months..Now dah 4 months plus..yeay untuk diri sendiri :)

Sunday, February 3, 2013

EVERYDAY IS BIRTHDAY

saje nak tayang gambar senyum manis anak dare sorang ni..dia ni pantang jumpe kek..tak kiralah kek beli ke..orang bagi ke..buat ke..dia akan mintak lilin n kene nyanyi lagu birthday untuk dia..even kek birthday orang lain pun dia akan buat macam kek dia..ini butter cake yang mama dia buat weekend baru ni..kek ni jelah yang pandai buat pun..itupun 2 kali terhangus hehe...

BILA DI RUMAH RASA LETIH SANGAT LAYAN ANAK..TAPI BILA DI PEJABAT RINDU SANGAT NAK BALIK UMAH LAYAN ANAK

khamis cuti maulidur rasul..jumaat kerja macam biasa..sabtu sampai isnin cuti lagi..isnin selasa cuti tambahan pulak sebab Adik demam campak..khamis kursus di luar..jumaat sempat masuk pejabat kerja bertimbun sedikit lah..sabtu ahad cuti balik..

memang letih melayan kerenah anak2 ni..boleh dikatakan kita ni bekerja 7 hari seminggu dan kerja ketiga2 syif pagi petang dan malam..tapi bila isnin mula kerja rasa tak sabar nak balik peluk anak-anak..kalaulah perjalanan dari pejabat ke nursery anak 5 minit jer kan best..rindu nak gomol adik yang masyam..rindu jugak nak dengar kakak berceloteh..

pagi tadi bawak adik checkup 4 bulan..bila nak hantar ke taska kakak menangis sebab dia tengok papa dia pun ade tapi kenapa nak hantar taska..kesian dia..dah pujuk2 ok dukung dengan nenek taska..dia dah besar dah pandai berfikir dan faham kalau kita cakap dengan dia..ade sekali tu papa dia nak pegi kerja malam, dia cakap papa g work nak cari duit beli susu kakak ye..sampai bangun tidur bukak je mata dia akan cakap macam tu juga..sebak pulak bila dengar dia ulang2 banyak kali..